Kami menawarkan penginapan yang begitu selesa dan murah untuk yang ingin bercuti, berehat, bekerja dan apa juga urusan yang di jalankan di bandar kuantan ini. Homestay ini cuma 3km dari airport Sultan Haji Ahmad Shah dan amat sesuai untuk yang ingin menyambungkan penerbangan dari bandar kuantan ini. Homestay ini juga berdekatan dengan BGRC atau Bukit Gambang Resort City, taman tema air yang terbesar di pantai timur. cuma 20 minit dari homestay ini. Untuk ke bandar Kuantan hanya 15 minit dan untuk ke Pantai Teluk Chempedak cuma 20 minit memandu. Ianya juga berhampiran dengan kolej-kolej seperti kolej Shahputra (10 minit), UIA (15 minit) dan UMP (20 minit). Selain dari itu ianya juga berdekatan dengan bangunan kerajaan seperti kompleks Tun Abdul Razak, Jabatan Pendaftaran, imigresen, KWSP dan macam-macam lagi.
Homestay ini adalah rumah kos sederhana yang mempunyai 3 bilik tidur 2 bilik air (master badroom mempunyai bilik air) dan boleh memasuki 2 biji kenderaan. homestay ini boleh memasuki 10 orang serentak. amat sesuai untuk yang mempunyai keluarga ramai.
Homestay ini di lengkapi dengan :-
- Aircord (master badroom)
- Water hilter
- TV (Astro)
- Peti ais
- Set sofa
- Set makan 8 orang
- Set bilik di setiap bilik
- Mesin basuh kain
- Alatan untuk memasak
- Tea fasilitis
- Perkakasan dapur
- Kipas angin di ruang makan, ruang tamu, bilik tidur kedua dan ketiga.
- Keperluan sembahyang.
- Toilet Amenitis
Harga untuk satu malam sebuah homestay ini adalah Rm180.00 semalaman. boleh juga menyewa dengan kadar bilik. untuk satu bilik (aircond) harganya adalah RM70.00. dan untuk bilik kedua dan ketiga (kipas angin) adalah RM60.00 semalam.
Untuk menyewa homestay ini mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan :-
Sila maklumkan kepada kami selewat-lewatnya 24 jam sebelum kemasukkan. (tertakluk kepada kekosongan)
Untuk booking/tempahan, sila buat pembayaran terlebih dahulu kepada kami dengan cara bank in.
- Tidak dibenarkan membawa minuman keras dan barang yang menyalahi undang-undang.
- Menjaga ketenteraman jiran tetangga.
- Segala kehilangan barang homestay adalah tangungjawab sendiri.
- Bagi yang berpasangan, dinasihatkan membawa bukti perkahwinan.
Untuk pertanyaan boleh telefon kami di talian +60139969616 Kak Ty. atau boleh emailkan di sinaran.3d.enterprise@gmail.com









